12.27.08
Untukmu Hanakirana
Sudah lama aku tak ditag orang. Aku rasalah. Sebab aku pun dah sekian lama menyepi dari dunia blog ni. Aku akan cuba taip ni berdasarkan apa yang terlintas di fikiran tanpa berfikir terlalu serius supaya lebih jujur. Konon. So, here I go:
Syarat dan peraturan:
-
Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
-
Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
-
Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
-
Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
16 Perkara Rawak
-
Aku adalah seorang lelaki yang tidak hensem.
-
Aku adalah seorang lelaki yang sedar bahawa dirinya tidak hensem. Ini bagi aku adalah satu ciri positif kerana sungguh ramai di donia ini lelaki tak hensem yang perasan hensem dan perempuan tak cun yang perasan cun. Ok, satu ketika dahulu aku pernah juga perasan hensem sebenarnya, tapi kini aku sudah bertaubat dan sudah kembali ke pangkal jalan.
-
Sungguhpun demikian, isteri aku mengatakan yang aku adalah hensem di matanya, dan ini cukuplah buat aku.
-
Aku adalah orang yang tak reti berkemas. Pakaian aku biasanya aku longgokkan kat dalam almari. Takdelah lipat-lipat ni. Kadang-kadang aku longgokkan atas katil. Kalau aku nak tido, pakaian tu aku akan tolak lebih kurang je. Asalkan ada ruang yang cukup untuk aku tido aku dah puas hati.
-
Aku juga tidak suka basuh baju pakai tangan. Kalau ada washing machine takpe. Tu sebab baju aku kalau berendam dua tiga minggu baru aku basuh. Itupun KALAU aku basuh la.
-
Aku juga tidak suka menyapu sampah atau me…..err…..nanti, kan lebih baik aku terus summarize je bahawa aku adalah seorang yang pemalas kurang rajin, betul tak? Abis cerita.
(Nota: Ini semua adalah perangai ketika aku bujang dulu. Harap maklum.)
-
Ketika tertekan, aku suka bercakap-cakap dengan objek tak bernyawa seperti kerusi, dinding atau katil. Jangan tanya kenapa. Ini memang perangai aku. Pernah sekali dulu, rumet aku masuk bilik ketika aku sedang ‘meluahkan perasaan’. Aku masih ingat ekspresi di wajahnya yang sangat cuak. Barangkali memikirkan aku sedang berbicara dengan jin atau makhluk halus. Atau memikirkan yang aku kurang siuman. Tapi percayalah sesungguhnya aku adalah seorang yang waras dan tidak menuntut sebarang ilmu hitam.
-
Aku seorang yang suka membeli dan membaca buku. Setiap bulan aku mesti akan beli beberapa buah buku meskipun aku tak habis membaca buku bulan sebelumnya. Aku juga tidak membaca mengikut turutan. Mana yang aku teringin nak baca dulu aku baca dulu. Bila dah boring aku tukar buku lain pula. Buku yang aku beli tapi tak pernah baca pun ada. Dan aku kurang gemar membaca novel.
-
Kalau aku minat pada satu lagu, aku boleh mendengarnya berpuluh-puluh kali tanpa mendengar lagu lain.
-
Daya imaginasi aku sangat tinggi. Jadi setiap hari aku akan berangan. Berangan macam-macamlah.
-
Aku adalah seorang yang mixed-handed.
-
Aku adalah seorang yang obses dan peminat fanatik warna biru.
-
Aku adalah seorang yang kuat makan tapi mungkin kerana kadar metabolisme yang tinggi badan aku sentiasa kurus dari dulu sampai sekarang. Masalah cuma mula timbul sejak akhir-akhir ini. Cukup. Jangan tanya lagi. Nanti aku tertekan. Kalau aku tertekan, nanti aku pergi ke nombor tujuh.
-
Tidak seperti Hana, aku adalah seorang yang pesimis dan aku selalu melihat sesuatu dari sudut negatifnya terlebih dahulu. Selalunya sikap aku ini menyelamatkan aku dari terlalu kecewa apabila perkara berlaku tidak seperti yang aku rancangkan. Tapi, aku tau sikap ni tak bagus sebenarnya dan sedang cuba berubah.
-
Aku selalu menjadi kaunselor tak rasmi pada kawan-kawan aku. Entah kenapa diorang pilih aku, aku kurang pasti. Tapi bagi aku, kalau orang nak bercerita, aku sudi je mendengar. Asalkan jangan merepek.
-
Hala tuju hidup aku terbahagi kepada tiga peringkat. Jangka panjang ialah aku nak masuk syurga. Jangka sederhana ialah nak buat PhD. Jangka pendek ialah menghabiskan entri ni secepat mungkin sebab aku nak tengok final Malam Sehati Berdansa.
Habis dah 16. Aku taknak tag sesiapa sebab….sebab….aku takde sesiapa nak tag pun. Kalau kau baca blog aku dan kau rasa kau orang 1-16 kau buatlah kalau kau nak.

aishah said,
January 4, 2009 at 4:05 pm
aku link la eh blog baru nih. thanks.
atn said,
January 11, 2009 at 10:09 pm
tahniah, i think next time i datang sini entah2 dah ada baby
+*¨^¨*+Ziera +*¨^¨*+ said,
October 12, 2009 at 10:21 am
wahhh romantica de amor heheh